Sunday, September 22, 2013

Kesultanan Melayu Tradisional

Dalam masyarakat Melayu tradisional, sultan atau raja menduduki hierarki yang tertinggi dalam struktur sosial atau dengan kata lain mempunyai kuasa mutlak dalam aspek politik, ekonomi dan sosial. Kuasa mutlak di sini bermaksud kuasa yang tidak terbatas. Rakyat tidak boleh mempersoalkan hak dan kewibawaan seseorang sultan. Sultan dibantu oleh para pembesar. Di bwah pembesar pula terdapat golongan rakyat biasa yang merupakan majoriti penduduk. Golongan hamba terletak di peringkat bawah sekali dalam struktur masyrakat sosial pada zaman Melayu tradisional. Gambar rajah di bawah menunjukkan struktur masyarakat pada zaman sosial selengkapnya.

 

Secara umumnya, negeri-negeri Melayu mengamalkan sistem beraja yang diwarisi daripada kesultanan Melayu Melaka. Sistem pemerintahan beraja merupakan bentuk pemerintahan yang tertua diamalkan di negeri-negeri Melayu seperti Perak, Johor, Kedah dan Pahang. 

Sebelum kedatangan Islam, sistem pemerintahan beraja di negeri-negeri Melayu dipengaruhi oleh agama Hindu-Buddha. Sistem beraja telah mengalami proses asimilasi dengan unsur-unsur Islam. Mana-mana perkara yang tidak bertentangan dengan ajaran Islam diteruskan manakala sebaliknya. Kedatangan Islam telah mengukuhkan lagi kedudukan Raja-raja Melayu.

Sultan atau raja hanya berkuasa di negeri masing-masing sahaja dan setiap sultan mempunyai sistem tersendiri. Sistem ini berbeza mengikut budaya dan tradisi asal negeri masing-masing seperti dalam upacara pertabalan dan kemangkatan.



Gambar istana Kesultanan Melayu Melaka


Gambaran balairung seri semasa zaman Kesultanan Melayu Melaka

Sistem beraja yang terdapat di negara kita ini merupakan suatu warisan yang perlu kita pelihara dan dibangga kerana inilah keunikan yang terdapat di negara kita. Selain itu terdapat juga negeri yang mengamalkan sistem kesultanan yang berbeza sedikit seperti ini sebagai contohnya Negeri Sembilan yang mengamalkan adat perpatih. Semua ini haruslah diteruskan kerana inilah warisan yang tidak ternilai yang terdapat di negara kita dan sebagai rakyat Malaysia kita bertanggungjawab dalam usaha mengekalkan tradisi ini. 

Sekian, terima kasih :D



Saturday, September 21, 2013

Mari Kenal Apa Itu Sejarah

Kita selalu mendengar perkataan Sejarah, tetapi sejauh mana fahaman kita tentang apa itu sejarah ? Di sini terdapat sedikit perkongsian mengenai pendapat beberapa orang tokoh Sejarah yang terkemuka mengenai definisi Sejarah.

Perkataan Sejarah (History) yang kita gunakan pada masa sekarang berasal daripada perkataan Arab  Syajaratun yang bererti Pohon. Dari sisi lain, istilah "history" merupakan terjemahan dari kata dalam bahasa Yunani, Histories yang membermaksud  suatu penyelidikan ataupun pengkajian. Menurut Bapa Sejarah iaitu Herodotus, sejarah ialah satu kajian untuk menceritakan suatu perputaran jatuh bangunnya seseorang tokoh, masyarakat dan peradaban.

Mengikut definisi yang diberikan oleh Aristotle, Sejarah merupakan satu sistem yang meneliti suatu kejadian sejak awal dan tersusun dalam bentuk kronologi. Pada masa yang sama, menurut beliau juga Sejarah adalah peristiwa-peristiwa masa lalu yang mempunyai catatan, rekod-rekod atau bukti-bukti yang konkrit. Menurut R. G. Collingwood, Sejarah ialah sebuah bentuk penyelidikan tentang hal-hal yang telah dilakukan oleh manusia pada masa lampau. Shefer juga berpendapat bahawa Sejarah adalah peristiwa yang telah berlalu dan benar-benar berterjadi.






Pada pendapat saya, sejarah merupakan segala peristiwa yang sudah berlalu dan yang memberi makna serta kesan yang mendalam pada diri, keluarga, masyarakat dan negara. 

Thursday, September 19, 2013

DATANGNYA NAMA JOHOR

Memandangkan saya berasal dari Johor, di sini saya ingin berkongsi sedikit maklumat mengenai negeri Johor Darul Takzim.

Perkataan Johor pasa asalnya berasal daripada perkataan Arab iaitu 'Jauhar' yang bermaksud 'Permata Berharga'. Johor juga dikenali dengan nama 'Ujong Tanah' atau 'Gangganu" oleh orang Siam yang bermaksud 'Batu Permata'.

Pembukaan negeri Johor bermula pada awal kurun ke-16 apabila melaka ditawan oleh Portugis. Sultan Mahmud Syah yang merupakan pewaris terakhir takhta Kerajaan Melaka telah menyelamatkan diri ke Johor dan membuka negeri Johor. Pada waktu itu, Johor telah berkembang dengan luas sehingga berjaya meluaskan empayarnya hingga ke Riau.

Sejarah Malaysia moden telah bermula sejak Sultan Abu Bakar ditabalkan menjadi sultan Johor dengan gelaran "Seri Maharaja Johor". Baginda telah memperkenalkan Perlembagaan Johor dan seterusnya telah membawa perubahan kepada pentadbiran negeri Johor dengan lebih efisien. Sultan Abu Bakar juga telah digelar "Bapa Pemodenan Johor" kerana telah berjaya membawa perubahan kepada Johor.

Gambar Sultan Abu Bakar 

Rujukan : http://www.johordt.gov.my/pelancongan/page/sejarah_penubuhan_johor

Sunday, September 8, 2013

FAITH


Never give up and trust no one except Allah S.W.T
Fight till the END !!