Saturday, September 21, 2013

Mari Kenal Apa Itu Sejarah

Kita selalu mendengar perkataan Sejarah, tetapi sejauh mana fahaman kita tentang apa itu sejarah ? Di sini terdapat sedikit perkongsian mengenai pendapat beberapa orang tokoh Sejarah yang terkemuka mengenai definisi Sejarah.

Perkataan Sejarah (History) yang kita gunakan pada masa sekarang berasal daripada perkataan Arab  Syajaratun yang bererti Pohon. Dari sisi lain, istilah "history" merupakan terjemahan dari kata dalam bahasa Yunani, Histories yang membermaksud  suatu penyelidikan ataupun pengkajian. Menurut Bapa Sejarah iaitu Herodotus, sejarah ialah satu kajian untuk menceritakan suatu perputaran jatuh bangunnya seseorang tokoh, masyarakat dan peradaban.

Mengikut definisi yang diberikan oleh Aristotle, Sejarah merupakan satu sistem yang meneliti suatu kejadian sejak awal dan tersusun dalam bentuk kronologi. Pada masa yang sama, menurut beliau juga Sejarah adalah peristiwa-peristiwa masa lalu yang mempunyai catatan, rekod-rekod atau bukti-bukti yang konkrit. Menurut R. G. Collingwood, Sejarah ialah sebuah bentuk penyelidikan tentang hal-hal yang telah dilakukan oleh manusia pada masa lampau. Shefer juga berpendapat bahawa Sejarah adalah peristiwa yang telah berlalu dan benar-benar berterjadi.






Pada pendapat saya, sejarah merupakan segala peristiwa yang sudah berlalu dan yang memberi makna serta kesan yang mendalam pada diri, keluarga, masyarakat dan negara. 

No comments:

Post a Comment