Sunday, September 22, 2013

Kesultanan Melayu Tradisional

Dalam masyarakat Melayu tradisional, sultan atau raja menduduki hierarki yang tertinggi dalam struktur sosial atau dengan kata lain mempunyai kuasa mutlak dalam aspek politik, ekonomi dan sosial. Kuasa mutlak di sini bermaksud kuasa yang tidak terbatas. Rakyat tidak boleh mempersoalkan hak dan kewibawaan seseorang sultan. Sultan dibantu oleh para pembesar. Di bwah pembesar pula terdapat golongan rakyat biasa yang merupakan majoriti penduduk. Golongan hamba terletak di peringkat bawah sekali dalam struktur masyrakat sosial pada zaman Melayu tradisional. Gambar rajah di bawah menunjukkan struktur masyarakat pada zaman sosial selengkapnya.

 

Secara umumnya, negeri-negeri Melayu mengamalkan sistem beraja yang diwarisi daripada kesultanan Melayu Melaka. Sistem pemerintahan beraja merupakan bentuk pemerintahan yang tertua diamalkan di negeri-negeri Melayu seperti Perak, Johor, Kedah dan Pahang. 

Sebelum kedatangan Islam, sistem pemerintahan beraja di negeri-negeri Melayu dipengaruhi oleh agama Hindu-Buddha. Sistem beraja telah mengalami proses asimilasi dengan unsur-unsur Islam. Mana-mana perkara yang tidak bertentangan dengan ajaran Islam diteruskan manakala sebaliknya. Kedatangan Islam telah mengukuhkan lagi kedudukan Raja-raja Melayu.

Sultan atau raja hanya berkuasa di negeri masing-masing sahaja dan setiap sultan mempunyai sistem tersendiri. Sistem ini berbeza mengikut budaya dan tradisi asal negeri masing-masing seperti dalam upacara pertabalan dan kemangkatan.



Gambar istana Kesultanan Melayu Melaka


Gambaran balairung seri semasa zaman Kesultanan Melayu Melaka

Sistem beraja yang terdapat di negara kita ini merupakan suatu warisan yang perlu kita pelihara dan dibangga kerana inilah keunikan yang terdapat di negara kita. Selain itu terdapat juga negeri yang mengamalkan sistem kesultanan yang berbeza sedikit seperti ini sebagai contohnya Negeri Sembilan yang mengamalkan adat perpatih. Semua ini haruslah diteruskan kerana inilah warisan yang tidak ternilai yang terdapat di negara kita dan sebagai rakyat Malaysia kita bertanggungjawab dalam usaha mengekalkan tradisi ini. 

Sekian, terima kasih :D



No comments:

Post a Comment